eaglehelang
Regular Member
from Berita Harian, 8 Jan 2008
Rexy mahu tiga beregu bimbingannya layak ke Beijing dan bawa pulang emas
DISAPA dengan kata-kata 'Selamat Tahun Baru', Rexy Mainaky bingkas membalas: "Bukan tahun selamat, tetapi tahun penuh tekanan!".
Disusuli ketawanya, Rexy kemudiannya berkata andai misi mengejar kilauan emas Sukan Olimpik di Beijing nanti tidak kesampaian, dia akan mengundurkan diri.
Tergamam? Kerana kenyataan itu lahir daripada jurulatih yang diakui sudah menjelmakan kelainan hebat dengan penghasilan ramai beregu badminton mantap negara? Sudah tentu!
Cuma ketika diasak beberapa kali buat mendapatkan kepastian, Rexy memilih untuk terus ketawa - sekali gus meninggalkan kenyataan itu terdedah kepada pelbagai tafsiran.
Apa yang sebaliknya mahu ditegaskan jurulatih itu ialah hakikat betapa impian melihat tiga beregu beraksi di Beijing - biarpun ketika ini nampak kian mustahil - belum lagi dikuburkannya.
Saya masih mahu bersikap optimis. Biarpun untuk mencapai sasaran itu, ketiga-tiga beregu perlu berada dalam ranking empat terbaik dunia, saya tetap mahu rasa yakin ianya mampu dilakukan,” katanya.
Ketika ini, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam kedudukan selesa kerana merajai ranking dunia ketika gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif masing-masing mengisi tangga kelima dan ke-16.
Untuk harapannya direalitikan, Kien Keat-Boon Heong perlu meneruskan prestasi gemilang seperti permulaan 2007 ketika Tan Fook-Wan Wah dan Fairuzizuan-Zakry harus secara kerap layak ke separuh akhir setiap kejohanan utama sehingga penamat tempoh kelayakan, penghujung April nanti.
Ianya harus bermula apabila mereka turun beraksi dalam Kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Putra, minggu depan.
Lantas diajukan pula persoalan, apakah faktor paling ditakutinya ketika membimbing semua pemain untuk mengejar sasaran layak ke Beijing, sebelum berusaha menjelmakan kilauan emas sulung untuk negara?
“Gangguan luaran. Ianya mampu hadir dalam pelbagai bentuk, terutama dalam bentuk tertekan kerana harapan tinggi yang disandarkan. Pemain sentiasa terdedah kepada persekitaran yang mampu mencipta situasi itu,” katanya.
Masalah itu pernah menjelma, ketika ianya mengganggu persiapan pemain negara menjelang Kejohanan Badminton Dunia di gelanggang sendiri, Ogos lalu. Akibatnya, hasrat melihat Malaysia memiliki juara dunia buat kali pertama, tidak kesampaian.
“Perlu ada keseimbangan. Semua pihak mahu melihat Malaysia memenangi pingat emas Olimpik. Di pihak saya dan jurulatih serta pemain-pemain, kami akan berusaha dan melakukan segala persiapan terbaik untuk cuba menjadikannya kenyataan.
“Tetapi pihak lain juga perlu membantu. Saya sendiri akui betapa rasa bimbang itu ada. Jadi seharusnya kita sama-sama saling membantu supaya ianya tidak jadi terlalu membebankan untuk pemain,” katanya.
________________________________________________________________
This is more on OG but it'll satisfy Indra & gang on the "differences of Indonesia Malay & Msian Malay.".
In this intv, seems Rexy also feel stressed.
Anyway, the main points :
1) His goal is to see 3 MD in OG. It's very tough to achieve that, but Rexy wants to be optimistic.
2) Rexy says if OG MD dont get gold, he will 'step back' i.e. resign. Reporter pressed to ask if Rexy really goin to do that, he just laughed.
3) Pressure - Rexy more worried about 'outside influence'. Pressures that could come in all shapes & sizes. Like in last WC, where it caused Msia to falter at winning 1st WC title.
4) "There needs to be a balance. Everyone wants Msia to win the OG gold. All coaches & players are putting in a lot of effort, making the best preparations possible to realize this dream."
"BUT, other parties should also help. We should help each other so it wouldnt be too burdensome for the players." Directed to certain powers to be, me thinks.