eaglehelang
Regular Member
Run-up to Malaysia Open, Media News
Instead of the news being spread out in all over the threads, Put up any news you get from media about Msia Open, not necessary from Msia, also from other countries.
3 Jan 2008
Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/92809/Article/index_html
Koo/Tan tumpu Terbuka Malaysia
Oleh Sufian Thauri Muhammed
BERBEKALKAN status selaku beregu nombor satu dunia, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat sepatutnya sudah memikirkan peluang merangkul pingat di Sukan Olimpik 2008, tetapi buat ketika ini mereka mengambil pendekatan berbeza.
Boon Heong menyifatkan terlalu awal untuk memikirkan Olimpik ketika ini dan tumpuan mereka lebih terarah kepada usaha mempertahankan kejuaraan pada Terbuka Malaysia, 15 Januari ini.
"Lebih baik jika kami tidak terlalu memikirkan mengenai Olimpik kerana kami mempunyai misi yang tidak kurang penting di Terbuka Malaysia.
"Saya tidak mahu kerana terlalu memikirkan Olimpik, fokus kami terhadap usaha mempertahankan kejuaraan di Terbuka Malaysia terjejas," katanya.
Terbuka Malaysia adalah salah satu daripada enam kejohanan yang dimenangi Boon Heong-Kien Keat tahun lalu selepas mula digandingkan pada 2006.
Selain Terbuka Malaysia, mereka memenangi Seluruh England, Terbuka Switzerland, Filipina, Macau dan Denmark.
Prestasi cemerlang itu meletakkan mereka sebagai pilihan utama untuk memenangi Terbuka Malaysia yang mampu memberikan sejumlah besar mata kelayakan Olimpik, namun Boon Heong mengakui kedudukan itu membuatkannya sedikit tertekan.
"Apabila berada di ranking nombor satu dunia, sudah pasti harapan peminat tempatan untuk melihat kami mempertahankan kejuaraan lebih tinggi.
"Bermain di hadapan mereka, kami perlu memberikan persembahan terbaik.
"Saya juga belum dapat meramalkan peluang kami, tetapi gambarannya lebih jelas jika kami melepasi pusingan pertama nanti," katanya.
Andai berjaya melangkah ke final, Kien Keat-Boon Heong dijangka menentang juara dunia yang juga pilihan kedua, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia, tetapi sebelum itu mereka perlu mengatasi cabaran sengit di pusingan awal.
Mereka dijangka bertemu sama ada beregu handalan China, Fu Haifeng-Cai Yun atau gandingan pemain Indonesia dan Amerika Syarikat, Candra Wijaya-Tony Gunawan di separuh akhir.
Sebelum itu di suku akhir, mereka mungkin berhadapan sama ada rakan senegara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah; beregu Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dan Lee Jae Jin-Hwang Ji Man atau pasangan Denmark, Jens Eriksen-Martin Lundgaard Hansen.
"Laluan kami tidak mudah, tetapi prestasi baik sepanjang latihan sejak tiga minggu lalu memberikan keyakinan kepada kami dalam usaha mempertahankan kejuaraan. Tahap kecergasan kami juga semakin baik.
"Lagipun kami berazam untuk melayakkan diri ke final kerana sudah lama tidak beraksi di peringkat itu dengan kali terakhir di Terbuka Denmark, Oktober lalu," katanya.
Sementara itu, peluang jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei untuk mengungguli acaranya dilihat cerah susulan ketiadaan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China.
Begitupun, dia masih perlu menangani cabaran pemain China lain seperti Bao Chunlai, Chen Jin dan Chen Yu selain dua jaguh Denmark, Peter Gade Christensen dan Kenneth Jonassen serta pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dan Taufik Hidayat.
______________________________________________________________
Rough Translation (means just the main points, not accurate line by line)
This is intv with TBH
As the World No 1 pair, TBH & KKK supposed to be thinking of winning medals in OG 2008, but this time they are taking a different approach.
TBH considers it too early to think about OG, efforts are more to defending their title at MO this Jan 15.
" I do not want to think too much about OG until our efforts in defending the MO title is effected"- TBH
List of KKK/TBH achievements
Their achievements has made KKK/TBH the top seeds to win the title but TBH admits it makes him feel a bit pressured.
"When we World no 1 pair, of course the home fans' hopes are higher to see us win. Playing in front of home crowd, we must give our best."
"I havent been able to predict our chances, but will be clearer after we clear the 1st round."
"Our path(to finals) is not easy but our performance has been good in training these 3 weeks. It gives us confidence to defend the title. Our fitness has also improved."
"We are determined to reach the finals because has been long time since we last did so at Denmark Open, last Oct."
If they manage to reach finals, they are expected to meet current World Champs Kido/Setiawan but face stiff competition in the early rounds.
QF : will either meet CTF/LWW, Korean pairs Lee/Jung, Lee/Hwang or Denmark's JE/ML
SemiF : Meet either Fu/Cai or Tony/Chandra
List of LCW's draw